Makluman | Notice

MAKLUMAN BERKAITAN PERKHIDMATAN SIRKULASI PERPUSTAKAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (BERMULA 18 MAC 2020) DAN SEHINGGA TARIKH USM MULA DIBUKA KEPADA PELAJAR (8 JUN 2020 DAN 1 JULAI 2020)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengguna Perpustakaan.

Seperti yang telah sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan bagi seluruh negara telah dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia bermula pada 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 dan dilanjutkan sehingga 28 April 2020. Namun USM mengambil pendekatan membenarkan pelajar kembali ke kampus secara berperingkat iaitu pada 8 Jun 2020 dan 1 Julai 2020.

Sehubungan dengan itu Perpustakaan Universiti Sains Malaysia ingin memaklumkan beberapa perkara iaitu:

1. Denda Lewat Pemulangan

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan iaitu 18 Mac 2020 hingga 28 April 2020 (bergantung kepada perubahan) dan sehingga ke tarikh pelajar dibenarkan kembali ke Kampus (8 Jun 2020 dan 1 Julai 2020) tiada denda lewat pemulangan buku akan dikenakan, walaupun telah melepasi tarikh pemulangan. Semua penggunadiberi tempoh selama lima (5) hari untuk mengembalikan buku-buku yang dipinjam mengikut tarikh seperti dalam jadual di bawah. Selepas daripada tempoh ini denda akan dikenakan. Sila rujuk jadual di bawah:

Bil. Kategori Pengguna Tarikh Pemulangan Tanpa Denda
1. Pelajar Lepasan Ijazah 8 Jun 2020 hingga 12 Jun 2020
2. Pelajar Ijazah Pertama 1 Julai 2020 hingga 5 Julai 2020
3. Staf dan lain-lain 29 April 2020 hingga 5 Mei 2020

Pelajar tahun akhir Ijazah Pertama yang telah kembali ke Kampus pada 8 Jun 2020 boleh mengembalikan buku-buku yang dipinjam bermula pada tarikh ini.

2. Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan

Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan akan dihentikan buat sementara waktu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berjalan (18 Mac 2020 hingga 28 April 2020). Ini melibatkan setiap permohonan pembekalan dan penghantaran bahan daripada Perpustakaan USM mahupun daripada Universiti Awam lain. Perkhidmatan ini akan beroperasi semula pada 29 April 2020 (bergantung kepada perubahan) apabila Perintah Kawalan Pergerakan tamat pada 28 April 2020 (bergantung kepada perubahan).

3. Perkhidmatan Pendidikan Jarak Jauh

Perkhidmatan Pendidikan Jarak Jauh akan dihentikan buat sementara waktu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berjalan (18 Mac 2020 hingga 28 April 2020. Ini termasuk permohonan pinjaman melalui pos. Perkhidmatan ini akan beroperasi semula pada 29 April 2020 (bergantung kepada perubahan) apabila Perintah Kawalan Pergerakan tamat pada 28 April 2020. (bergantung kepada perubahan).

Semoga kita semua dapat bersikap tenang dan patuh pada setiap arahan dan perintah yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia demi kemaslahatan negara dan rakyat.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

Siti Roudhah Mohamad Saad

Ketua

Bahagian Sirkulasi

Perpustakaan Hamzah Sendut

Universiti Sains Malaysia

11800 USM

Pulau Pinang

--------------

NOTICE FROM CIRCULATION DIVISION OF USM LIBRARY DURING THE MOVEMENT CONTROL ORDER (STARTING 18 MARCH 2020) AND UNTIL USM REOPENS FOR STUDENTS (8 JUNE 2020 AND 1 JULY 2020).

Assalamualaikum dan greetings to all Library users.

As recently endorsed by the Malaysian Government, the period of the nationwide Movement Control Order which has started since 18 March 2020 until 31 March 2020 has been extended to 28 April 2020. Nevertheless, USM administration has agreed to consent students’ gradual return into USM campus on 8 June 2020 and 1 July 2020.

For that reason, Perpustakaan Hamzah Sendut of USM would like to inform all users of the update on book circulation activities and rules as follow:

Late Return Fine

During the period of the Movement Control Order from 18 March to 28 April (subject to change) and until the dates students are allowed to return to USM campus (8 June 2020 and 1 July  2020), no penalty for late returns will be charged even though the book return has passed its due date. All users are given five

(5) extra days to return loaned book(s) based on the provided schedule below. After the provided extra days, fines will be charged. Please refer to the schedule below:

No. User Category Dates of Waived Fines for Book Return
1. Graduate/Post Graduate Students 8 June 2020 until 12 June 2020
2. Undegraduate Students 1 July 2020 until 5 July 2020
3. Staff and others 29 April 2020 until 5 May 2020

Final year Undergraduate Students who come back to USM campus on 8 June 2020 may return their loaned materials starting from this date.

InterLibrary Loan Services

InterLibrary Loan services will be temporarily postponed during the period of the Movement Control Order from 18 March to 28 April (subject to change). This includes request for supply and delivery of materials from the USM Library and its branches as well as other Public University Libraries. The service will resume on 29 April 2020 (subject to change)

Distance Learning Services

Distance Learning Services will be postponed during the Movement Control Order period (18 March 2020 until 28 April 2020), including requests for loaning materials via post. This service will resume on 29 April 2020 (subject to change).

We hope all USM community may remain calm, patient and continue to adhere to the Movement Control Order imposed by the Malaysian Government during this trying period in ensuring the safety and the wellbeing of all of us. Together we fight. #KitaJagaKita

Thank you.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Saya yang menjalankan amanah,

Siti Roudhah Mohamad Saad Ketua

Head Bahagian Sirkulasi

Circulation Department Perpustakaan Hamzah Sendut

Universiti Sains Malaysia 11800 USM

Pulau Pinang

百家乐app